Aku اکو

"..dlm banyak2 perkara yang aku lalui dlm sehari kehidupan ini, perkara yg amat aku kesali adalah setiap kali terbenamnya matahari, umurku berkurang dan amal ibadatku tidak bertambah."

AkSarA bUDi اکسارا بودي



Asalamualaikum w.b.t.
Hamba coretkan kalam ke atas lembaran maya bagi mengisi permukaan naskhah dengan aksara budi. Pengunjung sekalian umpama cendekiawan yang datang dengan pelbagai persoalan dan ideology tersendiri. Hamba sekadar anak muda yang ingin melunaskan cita-cita berkongsi wadah menggayakan intelektiviti. Hamba dengan rendah hati memohon maaf atas segala kekurangan budi bicara dalam tinta ini. Yang baik dari Allah. Yang khilaf milik hamba. Andai pemikiran hamba tersungkur dari batas ilmu, cuit-cuitkan bahu hamba. Usah dicubit sembunyi tangan. Maka yang salah tak dapat diperbetul. Yang baik tak hamba peroleh. Hamba ini umpama anggerik. Liar di hutan harum tiada. Direntap kasar hancur kelopak. Dipetik baik jadi jambangan. Menemui blog hamba dalam jutaan blog ilmuan lain, umpama menemukan anggerik di hutan desa. Mohon tetamu bertanya dengan bahasa. Menegur biarlah berilmu. Memikat dengan budi. Bermusuh jangan sekali. Riwayat hidup tiada lama. Andai terpisah siraturahim, di dalam tanah kecundanglah hamba. Salam ukhwah untuk semua.

Cinta Al-Aqsa

Salam Ukhwah سلام اوقوه











Sutera mewah hamba sembahkan

Bawa ke anjung bersama suasa
Salam Ukhwah hamba hulurkan
Buat pengunjung Cinta Al-Aqsa

Keris didamba seluruh persada
Tradisi dibawa mudik kelaut
Bicara hamba masih muda
Gurulah jua tempat berpaut

Puteri ternama jadi impian
Seisi kota merisik tanya
Lorong agama penuh ujian
Peluklah kita pada akarnya

Cinta Al-Aqsa,Kuala Lumpur

Bicara Umar Ibn al-Khattab ketika pembukaan Masjid Al-Aqsa
"Kita dahulunya merupakan kaum yang hina, Allah S.W.T telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain daripada apa yang telah Allah muliakan kita dengannya, maka kita akan dihina Allah."
(Riwayat ini sanadnya dinilai sahih oleh al-Hakim dan disokong oleh az-Zahabi, lihat: al-Mustadbrak, 1/237, Beirut Dar al-Ma'rifah

Mangsa Manusia Durjana

Dalam keadaan tubuh badan mengalami kecacatan pada tahap yang amat teruk, terutamanya di bahagian muka, mereka menjadi peminta sedekah.

Kalau dilihat dari pandangan mata kasar dan keadaan kecacatan itu sendiri, ia bukan kecacatan sejak lahir tetapi kecacatan yang berlaku akibat sesuatu kecelakaan. Apakah mungkin mereka sengaja dicacatkan untuk tujuan dijadikan alat sumber rezeki sesuatu pihak??

Zalimnya perbuatan mereka yang tak bertanggung jawab ini dan malang sungguh insan-insan cacat ini.
Apakah mereka mangsa culik dan dicacatkan untuk dijadikan peminta sedekah?

Dalam dunia akhir zaman ini, semua kemungkinan itu logik belaka. Manusia yang dikurniakan Allah SWT dengan akal tetapi boleh bertindak seperti haiwan... langsung hilang sifat dan peri kemanusiaan mereka. Tidak berhati perut!!!

Jadi... berwaspada dan awasi anak-anak kita. Kemungkinan untuk mereka diculik dan diperlakukan sedemikian rupa tak mustahil akan berlaku.

Awas sebelum terkena!! Berjaga.. jangan leka!!

No comments: