Aku اکو

"..dlm banyak2 perkara yang aku lalui dlm sehari kehidupan ini, perkara yg amat aku kesali adalah setiap kali terbenamnya matahari, umurku berkurang dan amal ibadatku tidak bertambah."

AkSarA bUDi اکسارا بودي



Asalamualaikum w.b.t.
Hamba coretkan kalam ke atas lembaran maya bagi mengisi permukaan naskhah dengan aksara budi. Pengunjung sekalian umpama cendekiawan yang datang dengan pelbagai persoalan dan ideology tersendiri. Hamba sekadar anak muda yang ingin melunaskan cita-cita berkongsi wadah menggayakan intelektiviti. Hamba dengan rendah hati memohon maaf atas segala kekurangan budi bicara dalam tinta ini. Yang baik dari Allah. Yang khilaf milik hamba. Andai pemikiran hamba tersungkur dari batas ilmu, cuit-cuitkan bahu hamba. Usah dicubit sembunyi tangan. Maka yang salah tak dapat diperbetul. Yang baik tak hamba peroleh. Hamba ini umpama anggerik. Liar di hutan harum tiada. Direntap kasar hancur kelopak. Dipetik baik jadi jambangan. Menemui blog hamba dalam jutaan blog ilmuan lain, umpama menemukan anggerik di hutan desa. Mohon tetamu bertanya dengan bahasa. Menegur biarlah berilmu. Memikat dengan budi. Bermusuh jangan sekali. Riwayat hidup tiada lama. Andai terpisah siraturahim, di dalam tanah kecundanglah hamba. Salam ukhwah untuk semua.

Cinta Al-Aqsa

Salam Ukhwah سلام اوقوه











Sutera mewah hamba sembahkan

Bawa ke anjung bersama suasa
Salam Ukhwah hamba hulurkan
Buat pengunjung Cinta Al-Aqsa

Keris didamba seluruh persada
Tradisi dibawa mudik kelaut
Bicara hamba masih muda
Gurulah jua tempat berpaut

Puteri ternama jadi impian
Seisi kota merisik tanya
Lorong agama penuh ujian
Peluklah kita pada akarnya

Cinta Al-Aqsa,Kuala Lumpur

Bicara Umar Ibn al-Khattab ketika pembukaan Masjid Al-Aqsa
"Kita dahulunya merupakan kaum yang hina, Allah S.W.T telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain daripada apa yang telah Allah muliakan kita dengannya, maka kita akan dihina Allah."
(Riwayat ini sanadnya dinilai sahih oleh al-Hakim dan disokong oleh az-Zahabi, lihat: al-Mustadbrak, 1/237, Beirut Dar al-Ma'rifah

Antalogi cerpen tiga kali seminggu

Sebenarnya saya baru membaca mukadimah. Tetapi teringin juga mengulasnya ;p

"Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat" Sayidina Umar Al-Khattab r.a.
(Tiga Kali Seminggu : x )

    "Teguklah ia sebagai air putih yang wajar membasahi tekak". Itu nasihat Faisal di halaman pertama kata-kata pengantar bagi naskah ini, mewakili fahaman politik yang termuat di dalam teks. Nasihat ini adalah ubat kemarahan sesetengah golongan yang menjadikan kata-kata makian sebagai ulasan kepada pandangan yang dilontarkan Faisal. Lalu, Faisal di awal-awal lagi telah mengambil petikan kata-kata seorang daripada Khalifah Ar-Rashidin yang dicintai ahli sunnah iaitu jika pembaca terdiri daripada golongan orang-orang yang cendekia, hendaklah tulisannya diambil sebagai teguran dan pengajaran.

Faisal Tehrani. Penanya menari dengan idea politik yang bercita-cita besar. Kebijaksanaan sebagai senjata. Taksub dengan kecintaan terhadap latar kepimpinan Islam. Gagal bagi segerombolan buah-buah catur hitam untuk menakut-nakutkannya dengan undang-undang. Sebagaimana penduduk Kufah diancam rusuhan bala tentera Yazid sekiranya mereka tidak berhenti berjuang mempertahankan ahlul bait, Faisal mengambil pengambil pilihan espitemik untuk berdiri di belakang Husin. Mempertaruhkan peribadinya sebagai 'jurucakap' atau 'pensyarah' kursus politik Islam yang meletakkan belia Malaysia sebagai khalayak pengaruh.

Masa menyaksikan getar-getar jiwa anak muda yang berpecah kepada dua kelompok pemikiran iaitu yang bersaksi bahawa Faisal Tehrani berpaling dari arah keamanan dan kelompok belia cendekiawan yang meletakkan kepercayaan kepada Faisal Tehrani sebagai 'guru' politik-Islam mereka.

    Dilembing dengan pelbagai kejian dan pujian, masa terus mencabar degup jantung Faisal Tehrani dalam lariannya di landasan didaktik. Sementara itu, anak mata para pemikir tidak lepas dari memerhati dan menganalisis hujahnya. Dari suatu sisi, beliau mewarisi Hang Nadim di dalam sirah Singapura dilanggar todak. Anak muda yang berusaha menyelamatkan negara namun ditakuti oleh golongan pemerintah dan ingin diikuti oleh generasi bawah.

    Wacana politik berada dalam setiap hembus nafas Faisal Tehrani. Dia bagai tidak boleh lari dari menyebarkan propanganda dan pemikirannya terhadap sesuatu yang dinamai kepimpinan. Dan setiap rentak ditunjangi sudut keislaman yang bersatu dalam titisan dakwat penanya. Dia wajar 'diterokai'. Dia adalah lambang kepada jiwa-jiwa anak muda lain yang menunggu untuk merempuh 'perang politik' tanahair.

    Faisal menjadi pengarang yang mengajar para 'pelajarnya' belajar menghidu, mendengar, melihat, merasa dan bersuara. Menghidupkan deria politik 360 darjah. Jangan tertidur lalu menjadi kaum mustadafin (kaum yang tertidas). Faisal seolah-olah bertakbir, "Ayuh! hidu, dengar, lihat, sentuh dan laungkanlah dasar politik Islam".

    Tiga Kali Seminggu merupakan dokumen politik Faisal Tehrani yang difiksikan. Mengamuk cara berhemah. Cerpen demi cerpen sebagai pengganti sepanduk di jalanan. Membina negaranya sendiri dalam karya penuh imaginatif. Watak-watak mewakili falsafah dan keinginan pengarang. Ia adalah kepuasan, bagi beliau dan pembaca yang menyertai beliau. Falsafah yang penuh liku, kerana ingin mengundurkan masa sejauh 1400 tahun ke zaman nabi dan Amirul Mukminin. Politik yang menagih pengorbanan yang hak seperti memoir Karbala.
  
    Tiga Kali Seminggu bergaul dengan satira dan humor. Mengungkap peradapan sambil menghantar makna yang mendalam. Bercakap mengenai kosmologi politik yang global dan domestik. Menyimpulnya dengan rohani yang luhur lagi rukun.

    Wacana antalogi ini bersalut ilmu. Membisik rindu, menyatukan dangai pau dan maruku, hasutan tiga kali seminggu dan diakhiri kegawatan yang berlalu. 15 cerita syahdu, lucu dan pilu bermadu dalam satu buku.

    Faisal Tehrani. Seorang rakyat biasa yang menggoyah singgahsana pemerintah.

"Carik baju Raja
Dilompati todak
Bukan disenghaja
Kerna akal budak"

nuraliahnuman, hakcipta terpelihara

No comments: