Aku اکو

"..dlm banyak2 perkara yang aku lalui dlm sehari kehidupan ini, perkara yg amat aku kesali adalah setiap kali terbenamnya matahari, umurku berkurang dan amal ibadatku tidak bertambah."

AkSarA bUDi اکسارا بودي



Asalamualaikum w.b.t.
Hamba coretkan kalam ke atas lembaran maya bagi mengisi permukaan naskhah dengan aksara budi. Pengunjung sekalian umpama cendekiawan yang datang dengan pelbagai persoalan dan ideology tersendiri. Hamba sekadar anak muda yang ingin melunaskan cita-cita berkongsi wadah menggayakan intelektiviti. Hamba dengan rendah hati memohon maaf atas segala kekurangan budi bicara dalam tinta ini. Yang baik dari Allah. Yang khilaf milik hamba. Andai pemikiran hamba tersungkur dari batas ilmu, cuit-cuitkan bahu hamba. Usah dicubit sembunyi tangan. Maka yang salah tak dapat diperbetul. Yang baik tak hamba peroleh. Hamba ini umpama anggerik. Liar di hutan harum tiada. Direntap kasar hancur kelopak. Dipetik baik jadi jambangan. Menemui blog hamba dalam jutaan blog ilmuan lain, umpama menemukan anggerik di hutan desa. Mohon tetamu bertanya dengan bahasa. Menegur biarlah berilmu. Memikat dengan budi. Bermusuh jangan sekali. Riwayat hidup tiada lama. Andai terpisah siraturahim, di dalam tanah kecundanglah hamba. Salam ukhwah untuk semua.

Cinta Al-Aqsa

Salam Ukhwah سلام اوقوه











Sutera mewah hamba sembahkan

Bawa ke anjung bersama suasa
Salam Ukhwah hamba hulurkan
Buat pengunjung Cinta Al-Aqsa

Keris didamba seluruh persada
Tradisi dibawa mudik kelaut
Bicara hamba masih muda
Gurulah jua tempat berpaut

Puteri ternama jadi impian
Seisi kota merisik tanya
Lorong agama penuh ujian
Peluklah kita pada akarnya

Cinta Al-Aqsa,Kuala Lumpur

Bicara Umar Ibn al-Khattab ketika pembukaan Masjid Al-Aqsa
"Kita dahulunya merupakan kaum yang hina, Allah S.W.T telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain daripada apa yang telah Allah muliakan kita dengannya, maka kita akan dihina Allah."
(Riwayat ini sanadnya dinilai sahih oleh al-Hakim dan disokong oleh az-Zahabi, lihat: al-Mustadbrak, 1/237, Beirut Dar al-Ma'rifah

Bukti Kewujudan Tuhan?

Ada seorang guru tadika yg tidak percaya wujudnya tuhan dan die pun berfikir bagaimana nak brain wash kanak-kanak di tadika tsebut supaya tak percaya wujudnya tuhan.Dia pun mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen ni.
Anak-anak : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kn.
Anak-anak : Ada cikgu.

 Kemudian  guru tadika tadi memasukkn pen itu dalam poket dia, kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak2,nampak tak pen?
Anak-anak : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ade tak?
Anak-anak : takde cikgu.
Guru tadika: Anak2 nampk tuhan tak?
Anak-anak : tak nampk cikgu.
Guru tadika : tuhan ada tak?
Anak-anak : takder cikgu.

Guru tadika tadi sangat gembira sebab tujuan dia nak brainwash otak budak2 tu berjaya.Tetapi dalam banyak2 budak tu ada seorang budak yang pintar,dan dia minta pun mengangkat tangan...

Bdk A : Cikgu boleh saya cakap sesuatu.
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Bdk A : kawan2 nampk cikgu tak.
Kwn2 : nampak.
Bdk A : cikgu ada kan?
Kwn2 : ada.
Bdk A : kawan2 nampak otak cikgu tak?
Kwn2 : tak nampak.
Bdk A: cikgu ader otak tak?
Kwn2 : tak ader

No comments: