Aku اکو

"..dlm banyak2 perkara yang aku lalui dlm sehari kehidupan ini, perkara yg amat aku kesali adalah setiap kali terbenamnya matahari, umurku berkurang dan amal ibadatku tidak bertambah."

AkSarA bUDi اکسارا بودي



Asalamualaikum w.b.t.
Hamba coretkan kalam ke atas lembaran maya bagi mengisi permukaan naskhah dengan aksara budi. Pengunjung sekalian umpama cendekiawan yang datang dengan pelbagai persoalan dan ideology tersendiri. Hamba sekadar anak muda yang ingin melunaskan cita-cita berkongsi wadah menggayakan intelektiviti. Hamba dengan rendah hati memohon maaf atas segala kekurangan budi bicara dalam tinta ini. Yang baik dari Allah. Yang khilaf milik hamba. Andai pemikiran hamba tersungkur dari batas ilmu, cuit-cuitkan bahu hamba. Usah dicubit sembunyi tangan. Maka yang salah tak dapat diperbetul. Yang baik tak hamba peroleh. Hamba ini umpama anggerik. Liar di hutan harum tiada. Direntap kasar hancur kelopak. Dipetik baik jadi jambangan. Menemui blog hamba dalam jutaan blog ilmuan lain, umpama menemukan anggerik di hutan desa. Mohon tetamu bertanya dengan bahasa. Menegur biarlah berilmu. Memikat dengan budi. Bermusuh jangan sekali. Riwayat hidup tiada lama. Andai terpisah siraturahim, di dalam tanah kecundanglah hamba. Salam ukhwah untuk semua.

Cinta Al-Aqsa

Salam Ukhwah سلام اوقوه











Sutera mewah hamba sembahkan

Bawa ke anjung bersama suasa
Salam Ukhwah hamba hulurkan
Buat pengunjung Cinta Al-Aqsa

Keris didamba seluruh persada
Tradisi dibawa mudik kelaut
Bicara hamba masih muda
Gurulah jua tempat berpaut

Puteri ternama jadi impian
Seisi kota merisik tanya
Lorong agama penuh ujian
Peluklah kita pada akarnya

Cinta Al-Aqsa,Kuala Lumpur

Bicara Umar Ibn al-Khattab ketika pembukaan Masjid Al-Aqsa
"Kita dahulunya merupakan kaum yang hina, Allah S.W.T telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain daripada apa yang telah Allah muliakan kita dengannya, maka kita akan dihina Allah."
(Riwayat ini sanadnya dinilai sahih oleh al-Hakim dan disokong oleh az-Zahabi, lihat: al-Mustadbrak, 1/237, Beirut Dar al-Ma'rifah

Pembedahan wajah Korea

 Korean Plastic Surgery


























Harga Tayar (Rawang)

Harga tayar (termasuk Allignment, balancing dan N gas)
Update 5 Julai 2014

       Kereta aku semua spring nya dah dipotong pendek. Jadi, tayar memang jahanam bila kita terlebih muatan. Sakit poket dengar tayar sangkut kat body. Dua kali tayar pecah atas highway dari KL ke Johor. Terpaksa korbankan gaji tukar semua tayar. Hasil pemerhatian pada komen2 di internet, aku pilih Rawang sebab time tu aku memang on the way nak berjalan ke Teluk Intan dan UPSI. Sampai je Pekan Rawang, kedai tayar berkumpul sekelompok. So, parking kereta dan jalan kaki survey harga. 

Sehari sebelum tu aku tanya dulu kedai di area Lembah Klang untuk survey harga. SAIZ TAYAR AKU 195/50, Rim 15 inci. 

Kedai Bandar Puchong (sebelah tesco)
Silverstone RM180
Brigestone RM195


Bila sampai Rawang, aku take note harga di kedai2 ni..

Rawang

Kedai Brigestone
Silverstone – RM150
Falken – RM155

Kedai F1
Falken – Indonesia – RM145
Goldenbrige – RM160
Dunlop – RM150
Dapid - Taiwan  RM145
Brigestone          RM155

Kedai Continential
Falken – RM160
Hankook – RM180
Ravelo – RM140
Dunlop – RM160

Kedai di atas semua sebaris. kedai V care je kena lintas jalan.

Kedai Vcare
Silverstone – RM155
Rivelo – RM140
Falken – RM160

Akhirnya, aku pakai tayar brigestone dari kedai F1. Lepas siap pasang, macam biasala kedai main harga. dia tukar semua wheel valve aku (RM5 darab 4), then dia kata kena buat chamber RM15 sbb tayar terkangkang. pastu dia kata skru chamber dua tayar depan pun kena tukar RM35 (darab 2). aku tukar mana yang perlu je nak elak kena tipu. Total kenalah RM665.

Solat dan tenaga

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.



Ujian IQ


Di bawah ada 4 soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera.
OK? Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda..
Ready? GO!!!

Soalan Pertama: 
Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus.

Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ? Soalan


Soalan Kedua: 
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? Adakah anda pantas dan cerdek, tidak begitu rupanya.?

Soalan kira-kira bermuslihat!


Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja .
Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira.
Cuba lah...

Soalan Ketiga: 
Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10..... Berapa kah jumlah semua?

Adakah jawapan anda 5000 ?

Soalan ke empat: 
Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?

soalan bonus: 
 Sorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu. Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimana dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?

TEKAN READ MORE UNTUK MENGETAHUI JAWAPAN

Junko Furuta. The girl who went through 44 days of torture.

 
DAY 1: November 22, 1988: Kidnapped
 Kept captive in house, and posed as one of boy’s girlfriend
Raped (over 400 times in total)
Forced to call her parents and tell them she had run away
Starved and malnutritioned
Fed cockroaches to eat and urine to drink
Forced to masturbate
Forced to strip in front of others
Burned with cigarette lighters
Foreign objects inserted into her vagina/anus

DAY 11: December 1, 1988: 
 Severely beat up countless times
Face held against concrete ground and jumped on
Hands tied to ceiling and body used as a punching bag
Nose filled with so much blood that she can only breath through her mouth
Dumbbells dropped onto her stomach
Vomited when tried to drink water (her stomach couldn’t accept it)
Tried to escape and punished by cigarette burning on arms
Flammable liquid poured on her feet and legs, then lit on fire
Bottle inserted into her anus, causing injury

Insurans kematian ASB

Setiap pendeposit ASB/ASN dan apa sahaja saham terbitan PNB ada khairat kematian. 
1. Bagi simpanan RM10 hingga RM4999.00 : khairat kematian sebanyak RM200.00
2. Simpanan RM5000 (5k) hingga 10k : khairat kematian sebanyak RM1000.00 (seribu)
3. Simpanan RM10k (ribu) ke atas (maxima 100k setiap individu) : khairat kematian sebanyak RM2000.00 (dua ribu)
Waris boleh lah menuntut wang khairat kematian ini dalam masa enam (6) bulan selepas kematian pemegang akaun. Kalau tak tuntut, wang tersebut dikira hangus. Dan sekiranya si mati meninggalkan simpanan berjumlah kurang RM5000.00 (lima ribu ringgit) waris boleh membuat pengeluaran tanpa perlu dirujuk kepada Amanah Raya Berhad. Sebaliknya, (simpanan RM5k ke atas) maka wang simpanan si mati akan dirujuk ke Amanah Raya Berhad dan akan melibatkan tuntutan harta pesaka mengikut wasiat (kalau ada) dan pembahagian faraid (yang akan ditentukan oleh Mahkamah Syariah).

Khafiat ziarah orang sakit

Abu Hurairah ra meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah ke perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.” [HR Bukhari & Muslim]

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menziarahi saudara seIslamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah saw bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [HR Muslim]

Kalimat yang digemari

1. WANG BUKAN SEGALA-GALANYA
Masih ada Mastercard dan Visa

2. KITA SEHARUSNYA MENYUKAI BINATANG.
Kerana rasa mereka lazat.

3. JIMATKANLAH AIR.
Mandilah di bawah shower beramai-ramai

4. DI BELAKANG SETIAP LELAKI BERJAYA ADA SEORANG WANITA HEBAT.
Di belakang lelaki tidak berjaya ada dua.

5. CINTAILAH TETANGGA.
Tapi jangan sampai tertangkap basah.

6. ORANG BIJAKSANA TIDAK MENIKAH.
Setelah menikah menjadi bijaksana dan bijaksini.

7. CINTA ITU PHOTOGENIC
Perlu tempat gelap untuk berkembang.

8. PAKAIAN ITU ADALAH PAGAR PELINDUNG .
Pagar seharusnya melindungi tanpa menghalangi pemandangan yang indah.

9. SEMAKIN BANYAK BELAJAR, SEMAKIN BANYAK YANG KITA TAHU.
Semakin banyak yang kita tahu semakin banyak yang kita lupa.
Semakin banyak yang kita lupa, semakin sedikit yang kita tahu.
Jadi kenapa kita sibuk belajar ?

10. MASA DEPAN TERGANTUNG PADA IMPIAN KAMU.
Maka pergilah tidur saja sekarang !

Antalogi cerpen tiga kali seminggu

Sebenarnya saya baru membaca mukadimah. Tetapi teringin juga mengulasnya ;p

"Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat" Sayidina Umar Al-Khattab r.a.
(Tiga Kali Seminggu : x )

    "Teguklah ia sebagai air putih yang wajar membasahi tekak". Itu nasihat Faisal di halaman pertama kata-kata pengantar bagi naskah ini, mewakili fahaman politik yang termuat di dalam teks. Nasihat ini adalah ubat kemarahan sesetengah golongan yang menjadikan kata-kata makian sebagai ulasan kepada pandangan yang dilontarkan Faisal. Lalu, Faisal di awal-awal lagi telah mengambil petikan kata-kata seorang daripada Khalifah Ar-Rashidin yang dicintai ahli sunnah iaitu jika pembaca terdiri daripada golongan orang-orang yang cendekia, hendaklah tulisannya diambil sebagai teguran dan pengajaran.

Kenapa aku diuji?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; `kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta." (Al-Ankabut : 2-3)

 Kenapa aku tak dapat apa yg aku idam-idamkan?

"…boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

 Kenapa ujian seberat ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

 Kecewa?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." (Al-Imran : 139)

Pilihan nama-nama Jawa untuk anak.


Pilihlah yg anda berkenan:-

Pandai tanam bunga, diberikan nama - Rosman.

Pandai membaiki kereta, namakan - Karman
Average dalam golf - Parman
Pandai dlm penulisan - Suratman
Gagah perkasa - Suparman
Boleh mendengar sambil berjalan - Wakiman
Selalu bertanya - Azman (loghat jawa bunyi Asman)
Pandai buat kuih - Paiman
Pakar jualan - Salman
Pakar pasal alam sekitar - JASman (Jab. Alam Sekitar)
Pandai melukis, tulis sajak, nyanyi lagu - Saniman
Doktor gigi - Sugiman

Waktu-Waktu Yang Mustajab berdoa

www.almanhaj.or.id

 [1]. SEPERTIGA AKHIR MALAM

 Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu

'alaihi wasallam bersabda.

 "Artinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya". [Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150]

 [2]. TATKALA BERBUKA PUASA BAGI ORANG YANG BERPUASA

Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahwa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

 "Artinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa pafa saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". [Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17].

Jangan Menikah Kerana perkara berikut

1. Jangan menikah kerana harta
Tidak ada gunanya hidup bergelimangan harta tanpa cinta. Harta dapat datang dan pergi setiap saat. "Cinta" yang sesat dan sesaat dapat diperoleh setiap saat, tapi cinta yang sejati tidak dapat dibeli dengan harta.

 2. Jangan menikah kerana perasaan asmara
Rasa tertarik, simpati, naksir, yang merupakan asmara yang sering disalah artikan sebagai cinta. Asmara itu bukan cinta. Asmara dapat cepat berubah oleh rupa, harta, tempat dan keadaan. Asmara itu buta, tidak tahan lama dan tidak tahan uji. Cinta perlu diuji dalam suka dan duka dengan mata terbuka.

 3. Jangan menikah kerana rupa saja
Kecantikan yang diluar memang indah, tapi dapat luntur termakan umur.
Utamakanlah kecantikan yang di dalam.

 4. Jangan menikah kerana iba
lba (rasa kasihan) memang baik dan harus ada dalam hidup kita, tapi tidak boleh menjadi dasar pemikahan. Kasihan dapat habis, tapi kasih tidak berkesudahan. Dasar pernikahan adalah kasih, bukan kasihan
 
5. Jangan menikah untuk kepuasan sex saja
Memang sex suci dan penting dalam hubungan suami-istri, namun tidak boleh menjadi tujuan utama dari pemikahan. Sex hanyalah salah satu bagian dari pernikahan. Orang yang hanya mengejar kenikmatan sex akan kecewa dan terjerat oleh kesusahan yang diciptakannya sendiri.
 

Jadikan Anak Sebagai Juara


Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!
 1.      MULAKANLAH HIDUP ANAK ANDA DENGAN NAMA PANGGILAN YANG BAIK.
bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu org panggil saya mak enon. Malu sangat. Rasa mcm tanak gi sekolah pun ade. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.
 2.      BERIKAN ANAK ANDA PELUKKAN SETIAP HARI
ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.
 3.      PANDANGLAH ANAK ANDA DENGAN PANDANGAN KASIH SAYANG
pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak…
 4.         BERIKAN PENEGUHAN SETIAP KALI ANAK ANDA BERBUAT KEBAIKAN
Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…
 5.      JANGANLAH MENGHARAPKAN ANAK ANDA YANG BELUM MATANG ITU MELAKUKAN SESUATU PERBUATAN BAIK SECARA BERTERUSAN
mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

Emosi Dan Penyakit

Prof. Dr. Sir Mugeni Samerin
 Perkara berikut adalah hasil pemerhatian yang mengambil masa berabad lamanya untuk di kenalpasti, dikutip dan diambil dari berbagai-bagai sumber. tiada kajian saintifik untuk perkara berikut.
 Emosi mendatangkan kesan-kesan tertentu kepada tubuh kita.
Kondem Orang-Pengerasan ateri dan sakit tekak
Domineering, menguasai, & menganiaya-Sakit belakang
Cynical, sindiran-Bongkok
Menahan marah, memendam rasa-Sakit semua bahagian belakang
Menanggung masalah sendiri / orang lain-Lenguh bahagian belakang
Menyimpan rahsia pahit, tidak memaafkan, cemburu, kebencian-Kanser
Amalan sikap negatif, menyimpan sesuatu-Sembelit

Ujian IQ


Anggap diri anda saat ini sedang memasuki sebuah rumah kecil di tepi sungai di tengah hutan tebal. Setelah Anda buka pintunya dan masuk, di dalamnya terdapat:
7 tempat tidur kecil di sebelah kanan di sebelah kiri, terdapat meja makan yang dikelilingi 7 kerusi kecil. Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas dengan 6 macam buah. Buah- buahan tersebut terdiri daripada:
a. epal
b. pisang
c. kelape
d. mangga
e. rambutan
f. papaya
Buah manakah yang akan anda pilih?
Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi anda! Berfikirlah dengan berhati-hati. Jangan menyesal..
(JGN TGK JAWAPAN DI BAWAH
DULU......PILIH DULU BUAH APA......)

Pagar Diri

Di bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda..ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.
 Pagar Pertama (1) - MAKAN TAMAR 'AJWAH DAN TAMAR MADINAH
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama  dengan Tamar Madinah.Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu". (Riwayat al-Bukhari.)
 Pagar Kedua (2) - BERWUDUK SEBELUM TIDUR
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslimyang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.
 Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.' (Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.)
 Pagar Ketiga (3) - SOLAT BERJEMAAH
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang  muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia  akan berjaya merasuk,menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Formula Pemakanan Genius Islam

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji
dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :
1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !
2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

Ayat Quran bersulam, satu-satunya di dunia

Oleh Zakaria Abdul Wahab
 LAHORE: Manuskrip-manuskrip awal al-Quran, dari mula wahyu diturunkan, ditulis dengan tangan atas pelbagai jenis bahan, dan kualitinya meningkat dari generasi ke generasi.
 Pada zaman Nabi Muhammad, sebahagian daripada wahyu ditulis pada tulang, kulit binatang dan daun-daun kurma dan dakwatnya diperbuat dari bahan yang dibakar.
 Terdapat al-Quran yang ditulis pada kepingan kulit kambing dan unta berusia bertahun-tahun, selepas kematian Nabi Muhammad, tetapi salinan Quran yang lebih bermutu dihasilkan selepas mesin cetak dicipta.

Lelaki handsome vs tak handsome


Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

Kenali Kentut Anda

Analisis kimia tentang kentut .....Jangan cuma tahu baunya saja, tapi harus tahu juga proses ilmiahnya.
 1. Dari mana asal kentut?
Dari gas dalam usus. Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan,gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.
2. Apa komposisi kentut?
Bervariasi. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara terabsorbsi oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asam perut & cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana & hidrogen.Proporsi masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut.Makin lama menahan kentut, makin besar proporsi nitrogen, karena gas-gas lain terabsorbsi oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak karena tubuhnya tidak sempat mengabsorbsi oksigen.
3. Kenapa kentut berbau busuk?
Bau kentut karena kandungan hidrogen sulfida & merkaptan. Kedua senyawa ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida & merkaptan diproduksi oleh bakteria dalam perut, & makin busuklah kentut anda.
Telur & daging punya peranan besar dalam memproduksi bau busuk kentut. Kacang berperan dalam memproduksi volume kentut, bukan dalam kebusukannya.
4. Kenapa kentut menimbulkan bunyi?
Kerana adanya vibrasi lubang anus saat kentut diproduksi. Kerasnya bunyi tergantung pada kecepatan gas.

Cukur jambul amalan bidaah orang Melayu

Abu Hassan Din Al-Hafiz
 Amalan cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)
Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya MELAKUKAN AKIKAH PADA HARI KETUJUH. KEMUDIANNYA, DAGING AKIKAH TERSEBUT DIAGIH-AGIHKAN KEPADA GOLONGAN FAKIR MISKIN.
Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik.
Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w
Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.  SEBALIKNYA, SEBAHAGIAN MASYARAKAT ISLAM HARI INI TIDAK MENCUKUR RAMBUT ANAK-ANAK HINGGA BOTAK SEBALIKNYA MENGADAKAN UPACARA CUKUR JAMBUL SEBAGAI ADAT DAN TRADISI YANG TELAH DILAKUKAN SEJAK TURUN TEMURUN. TAMBAH MENGELIRUKAN, RAMBUT YANG DIGUNTING ITU DIMASUKKAN KE DALAM BUAH KELAPA.

Hukum Berjabat/Bersalam Dan Mencium Tangan


tasauf@singnet. com.sg
Kita akan membahagikan pembahasan ini kepada beberapa bahagian:
1. Hukum berjabat tangan/bersalam
2. Hukum mencium tangan
3. Hukum membongkokkan badan
4. Hukum bersujud kepada selain Allah
5. Rumusan
____________________________________
1. Hukum berjabat tangan/bersalam
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Abu Qatadah berkata, aku bertanya kepada Anas r.a.: ”Apakah para sahabat Rasulullah s.a.w. dahulu saling berjabat tangan” Dia menjawab: “Ya.” (HR Bukhari)
Dari al-Barraa’ bin Azib r.a., katanya telah sabda Rasulullah s.a.w.
“Tidaklah dua orang Islam bertemu lalu saling bersalaman/berjabat tangan, melainkan diampuni dosa keduanya sebelum mereka berpisah.” (HR Abu Daud, al-Tarmizi & Ibnu Majah)
Dari Athaa’ bin Abdullah al-Khurasani, katanya Nabi s.a.w. telah bersaba:
“Hendaklah kamu saling berjabat tangan, nescaya hilanglah rasa dengki. Hendaklah kamu saling menmberi hadiah, nescaya kamu saling mencintai dan hilanglah permusuhan." (Hadis Mursal riwayat Imam Malik)
Dari al-Barra”bin al-Azib r.a., katanya, telah bersabda Rasulullah s.a.w.:
“SESUNGGUHNYA JIKA DUA ORANG ISLAM BERTEMU, LALU SALING BERJABAT TANGAN, SALING MENGASIHI DAN SALING MENASIHATI, NESCAYA BERTEBARANLAH DOSA-DOSA YANG ADA PADA KEDUA ORANG ITU.” (HR Ibnu Sunni)
Hadis di atas adalah di antara hadis yang menunjukkan bahawa berjabat tangan ketika bertemu adalah sunat hukumnya.
2. Hukum mencium tangan
Al-Nawawi mengatakan bahawa dianjurkan agar mencium tangan orang yang kemuliaannya disebabkan oleh perkara yang bersangkut paut dengan agama. Seperti seorang yang zuhud, alim/ulamak, salih, warak dan sebagainya. Ini termasuklah kedua ibubapa kita yang muslim.
DIMAKRUHKAH MENCIUM TANGAN SESEORANG YANG DIPANDANG MULIA DENGAN SEBAB-SEBAB KEDUNIAAN, SEPERTI ORANG KAYA, ORANG YANG BERPANGKAT, BERKEDUDUKAN TINGGI DAN SEBAGAINYA. Perbuatan ini amat tidak disukai.
Dari Zari’ r.a., yang termasuk di dalam rombongan Abdul Qais, dia berkata: “Kamipun berlumba-lumba turun dari kenderaan kami, lalu kami mencium tangan dan kaki Nabi s.a.w.”

Maklumat benar yang kurang diketahui

1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran  akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.
2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.
3. Cuba yang ni bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh" (babi).  Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba  tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana. Fakta diperolehi dari 'Health Corporation of Singapore'.
4. Barah akibat penggunaan bahan dalam Shampoo. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah  dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature  Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah  satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami  tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan buih yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan buih.

TALI GANTUNG


Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.
Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.
Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.
Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.
Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan
Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.

Laporan bedah siasat Filem

Drama/Filem Melayu
1.    80% jalan cerita berkisar tentang:
       a.   Cinta.
       b.   Cinta 3 segi.
       c.   Cinta 4 segi.
       d.   Anak-anak rebut harta pusaka.
       e.   Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.
2.    Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished. Ada TV 29", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat home work ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).
3.    Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai bahasa buku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".
4.    Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan 'kepala' Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. ( Topi kuning utk pekerja buruh la bang ).
5.    Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak. Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat ". ( Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical terms dia ).
6.    Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.
7.    Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.
8.    Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah  sampai part sadakallah hulazim. ( Cover line kot ).
9.    Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan pakai bracelet.
10.  Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.

Talkin Orang Asli


Kisah ni dikutip dari pengalaman seorang pemburu. Tempat dia tinggal ni memang dekat ngan kampung orang asli dan dia ni memang dah ramai kenalan kat situ. Ini kisah dia;
Ini cerita pasal cara-cara orang asli berucap (dlm Islam kite panggil talkin ler) untuk si mati..tapi seingat aku diorang ni bukan beragama Islam. Diorang gelarkan si mati tu
AJIS walaupun tu bukan nama si mati semasa hidup. Bila mayat tu dah ditanam, salah seorang kaum diorang/ tok batin pun start lah baca 'ucapan' macam imamlah...) bunyinya camni :
"HAI AJISS...MATI JUGAK KAO AJISS...SEKEJAP LAGI ADA ORANG BESAR MAU DATANG...( kalau kita, malaikat mungkar dan nakir) KALAU DIA TANYA, KAO JAWAB YANG BAIK-BAIK SAJA...YANG JAHAT-JAHAT DIA TAK TAU... KALAU DIA PUKUL KAO DARI KANAN...KAO ELAK KE KIRI...KALAU DIA PUKUL DARI KIRI...KAO ELAK KE KANAN...KALAU DIA HANTAM DARI DEPAN...KAO ELAK KE BELAKANG...KALAU DIA HANTAM DARI BELAKANG.... ......... .PANDAI-PANDAI KAOLAH AJISSSSS.... .."
Pastu komat kamit lah mulut pemberi 'ucapan' tu...dan diorang pun beredar dari situ...dari mula sampai habis 'ucapan' , kawan aku yang ikut diorang pi tanam mayat tu kena tahan gelak sampai merah padam muka dia...bila orang asli tu tanya ngape...kawan aku cakap. "sedih...."
Pengajarannya. .........
Dia orang pun percaya juga kat alam kubur.

Sketsa Politik


Sebuah keluarga dari golongan pertengahan, dimana suami dan isteri bekerja.
Mereka mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki berusia 9 tahun dan  seorang perempuan berusia setahun. Segala urusan rumah di kendalikan oleh  seorang pembantu rumah Indonesia.
Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung  yang berusia 9 tahun itu bertanya pada si ayah, "Ayah, apa itu politik?".Tersedak si ayah mendengar persoalan anaknya itu. Jawab ayah, "Politik itu macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis, Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?
Kelipok-kelipok mata si anak kejam celik. Memang tidak faham. Lantas si ibu mencelah, "Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa yang ayah cakap dan cuba faham okay.
Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak. Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama Abdullah itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis.
Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat si ayah pula tiada di sebelah ibu.

Boleh Di terima Akal


1.Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.
2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.
3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya, cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.
4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. \"Laksa kedah\" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita \"laksa mana ni?\"

12 penipuan popular

SIKAP TAMAK PUNCA DITIPU DENGAN AIR LIUR
oleh Jamilul Anbia Mohd Denin
(Metro Ahad 4 Mac 2007)

Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengenal pasti 12 jenis taktik paling popular yang digunakan golongan penjenayah kolar putih. Dengan jumlah kerugian membabitkan RM16.5 juta sepanjang tahun lalu, Timbalan Pengarah II (JSJK) Bukit Aman, Datuk Abdul Razak Ab Ghani, menyifatkan kes jenayah penipuan di Negara ini membimbangkan, manakala taktik penipuan semakin licik dan canggih.

"Saya ber pendapat sikap tamak masyarakat menjadi punca utama gejala penipuan terancang sukar dibenteras sepenuhnya,

Biarpun tahap pendidikan rakyat kita membanggakan, namun kerana wang mereka mudah gelap mata hingga ramai ditipu dengan air liur sahaja.," katanya.

Dua belas taktik penipuan paling popular sepanjang 2006 adalah seperti berikut:

____________ _________ _________ __

1)Taktik: JUAL BELI TANAH
Jumlah kes: 79
Jumlah kerugian: RM4.6 juta

Modus operandi:

Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh.

Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat pembayaran tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah diberikan sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah dan tanah ditawarkan itu milik orang lain.

2) Taktik: BOMOH BUANG SIAL
Jumlah kes:120
Jumlah kerugian:RM2. 8 juta

Modus operandi:

Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib malang dan berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatan khas membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran ditetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa wanita dicabul dan ditiduri.

GALERI LAWAK

Pandir eat McD
Suatu hari Pak Pandir yang baru lepas dapat duit raya ingin makan di Mc'Donalds. Bila dia sampai dia tak tahu nak order aper... maklumlah tinggal terpencil di hujung kampung... sedang dia berfikir datang seorang lelaki lingkungan 30'an ditepinya... Ahmad namanya... Pak Pandir pun merancang untuk meminta seperti apa yang Ahmad minta..

Ahmad : Bagi Big Mac satu..
Pak Pandir: bagi Big Mac satu...
Ahmad: Air...Bagi air coke yer...
Pak Pandir: Air...Bagi air coke yer...
Ahmad pun menjeling pada Pak Pandir... namun Pak Pandir buat tak tahu ajer...

Ahmad: ooo yer cik..bagi ash-tray satu yer... ( masa tu Mc donalds buleh merokok lagi)
Pak Pandir : ooo yer cik...bagi ash-tray satu yer...

Ahmad mula meradang lalu memarahi Pak Pandir...
Ahmad : hoi...yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah...takder otak ker?

Nak tahu aper Pak Pandir jawab? lebih kurang begini:
Pak Pandir: Aper... kau ingat kau sorang jer ker makan ash-tray?!?

Ahmad yang marah tadi tiba-tiba menggeleng kepala dan terus berlalu dari situ...

Malaysia's richest getting richer

Hanya 8 Melayu dari 40 orang kaya Malaysia. Huhu.. Daripada buat group thah apa2 di FB, baik buat bisnes.. lol. terutama yang buat group FB untuk hentam orang. Ahaks! malaeis.. ;p

1. Robert Kuok – $10 billion (Kuok Empire, Shangri La, Wilmer International etc) – Raja Gula
2. Ananda Krishnan – $7.2 billion (Maxis, Astro)
3. Lee Shin Cheng – $5.5 billion (IOI Group)
4. Teh Hong Piow – $3.5 billion (Public Bank)
5. Lee Kim Hua & family – $3.4 billion (Genting Berhad, widow of late Lim Goh Tong)
6. Quek Leng Chan – $2.4 billion (Hong Leong Group, Guoco Group)
7. Yeoh Tiong Lay & family – $2.1 billion (YTL Corp)
8. Syed Mokhtar AlBukhary – $1.8 billion (MMC, Johor Port, Malakoff), yayasan Al-Bukhari
9. Vincent Tan – $1.3 billion (Berjaya Group), Berjaya Times square..
10. Tiong Hiew King – $1.1 billion (Rimbunan Hijau)
11. Azman Hashim – $700 million (AmCorp Group, formerly Arab-Malaysia)
12. William H. J. Cheng – $660 million (Lion Group, Parkson)
13. Lee Swee Eng – $495 million (KNM Group)
14. Ong Beng Seng – $470 million (Hotel Properties Ltd, Natsteel)
15. Lim Kok Thay – $345 million (son of late Lim Goh Tong, Genting Berhad)
16. Vinod Sekhar – $320 million (Petra Group, known for its Green Rubber Global)
17. Lee Oi Hian – $300 million (Kuala Lumpur Kepong or KLK)
18. Yaw Teck Seng – $295 million (Samling Group)
19. Anthony Fernandes – $290 million (AirAsia, Tune Hotels)
20. Mokhzani Mahathir – $285 million (Kencana, authorized Porsche importer son of former permier Mahathir) anak Tun Mahathir

Mengapa Yahudi (Jew) Bijak?

by,Dr. Stephen Carr Leon
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Bukti Kewujudan Tuhan?

Ada seorang guru tadika yg tidak percaya wujudnya tuhan dan die pun berfikir bagaimana nak brain wash kanak-kanak di tadika tsebut supaya tak percaya wujudnya tuhan.Dia pun mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen ni.
Anak-anak : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kn.
Anak-anak : Ada cikgu.

 Kemudian  guru tadika tadi memasukkn pen itu dalam poket dia, kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak2,nampak tak pen?
Anak-anak : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ade tak?
Anak-anak : takde cikgu.
Guru tadika: Anak2 nampk tuhan tak?
Anak-anak : tak nampk cikgu.
Guru tadika : tuhan ada tak?
Anak-anak : takder cikgu.

Guru tadika tadi sangat gembira sebab tujuan dia nak brainwash otak budak2 tu berjaya.Tetapi dalam banyak2 budak tu ada seorang budak yang pintar,dan dia minta pun mengangkat tangan...

Bdk A : Cikgu boleh saya cakap sesuatu.
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Bdk A : kawan2 nampk cikgu tak.
Kwn2 : nampak.
Bdk A : cikgu ada kan?
Kwn2 : ada.
Bdk A : kawan2 nampak otak cikgu tak?
Kwn2 : tak nampak.
Bdk A: cikgu ader otak tak?
Kwn2 : tak ader